Sunday, August 30, 2009

cubalah untuk bersyukur..

jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
jgnlah sesekali kamu lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja,
krn ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

begitu jugalah setelah kamu mmberi banyak
pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangimu
hndaklah kamu menjaga hatinya
jgnlah sesekali kamu terus meninggalkannya bgitu sahaja
krn dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dpt melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada
jgn terlalu mengharap pada takungannya
dan jgnlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak,tentu sukar utk kamu menampalnya semula
akhirnya ia dibuang..sdgkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi

begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya..
jgnlah kamu terlalu mengaguminya
dan jgnlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
anggaplah dia manusia biasa.
apabila dia sekali melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu utk menerimanya
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya
sdgkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan ke akhirnya.

jika kamu memiliki sepinggan nasi
yg kamu pasti baik utk dirimu,mengenyangkan.berkhasiat
mengapa kamu berlengah,cuba mncari makanan yg lain
terlalu ingin mengejar kelazatan.
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
kamu akan menyesal

begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seorang insan
yg kamu pasti mbawa kebaikan kpd dirimu
menyayangimu,mengasihimu
mengapa kamu berlengah
cuba membandingkannya dgn org lain
terlalu mengejar kesempurnaan
kelak kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga yg akan menyesal...



terimalah aku dia mereka
dengan seadanya..

~menanti sang pelangi!~

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP