Monday, March 28, 2011

Tak terbalas.

Assalamualaikum.


Ini kisah pagi tadi.

Hari ni Isnin,permulaan hari yang tak berapa nak baik. Dah set time baik punye nak pergi klinik time doktor ada, ingatkan blh dapat rawatan sekali masuk bilik rawatan tak sampai 5 minit kena periksa dah disuruh keluar kena datang lain hari. Maknanya kena buat appoinment lah. Haha. *Grrr!. Lagi 2 bulan wo0o0o0. Boleh jatuh sakit dulu. @,@ Haihh,dah lah kuciwa kena tunggu lama lagi.

Hola,hola. Lupakan. Bukan hal tuh aku nak story kat sini. Haha.

Alkisahnya camni. Tgh duk menunggu tadi,aku sempat kehulu-kehilir kat depan pintu masuk klinik tuh. =). Tak lama lepas tuh,ternampak kelibat sorang makcik nih tgh dukung anak dia maybe baru lepas dapat rawatan and nak balik rumah kot. Ingatkan beliau nak tunggu suami/sedare datang amek tapi TAK,sebab makcik tuh jalan terus je ke pintu pagar utama. Bayangkan tgh cuaca hujan renyai² beliau dukung baby yang mungkin baru beberapa bulan dilahirkan balik ke rumah JALAN KAKI. Dah lah jalan berbukit,dengan cuaca yang tak berapa baik,sanggup kan seorang IBU berkorban apa saja demi anaknya. Tak cukup dengan tuh, ada lagi anak beliau yg lebih kurang umur dlm 2/3 tahun jalan je ikut ibunya sambil tarik² baju. Kat jalan besar pulak tuh,mana nak handle anak yang dikendongnya lagi,anak yang berjalan sendirian lagi dengan kereta yang lalu lalang ditepi. Risau.Risau. Harap mereka selamat lah sampai ke rumah.

Tengok je kejadian tuh,dalam kepala otak aku nih ligat berpusing. Mula lah berfikir,kalau seorang ibu sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan anaknya,kenapa tidak kita sebagai seorang anak kan?!. Bawak kita dalam perut dah 9 bulan,lepas selamat lahir jaga lagi bagi makan pakai semua. Boleh dikatakan apa yang kita nak semua akan dipenuhi. Walau sesusah mana pun,kalau kita mintak sesuatu mereka tak kan pernah cakap TAK BOLEH. Sekurang²nya mereka akan berusaha jugak untuk penuhi,kan?! Sebab tuh doa seorang ibu takde hijab disisiNya,terus naik kat atas sana. Setitik airmata ibu jatuh,10 kebajikan anak hilang. So jangan pernah lukakan hati ibumu. << Pesanan utk diri sendiri.

Ada 3 mata yg tak dijilat api neraka :-
- Melihat Kaabah sehingga menitis air mata
- Membaca Quran sehingga menitis air mata
- Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

" Ya Allah Ya Tuhanku,kasihilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami masih kecil." Ameen.

Nota : Cuba sedaya upaya untuk menjaga ibubapa selagi terdaya kerana jasa mereka membesarkan kita tak mungkin mampu dibalas.

Love,
sisilent

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP