Sunday, April 10, 2011

Segalanya Berubah

Assalamualaikum.

Tak tahu apa yang tengah bersarang dalam kotak fikiran sekarang. Bercampur baur. Tak tahu samada gelora hati ni menggambarkan perasaan gembira,sedih,terkedu atau apa² yg berkaitan dgnnya. =).

* Ohhmaiii,skemanya ayat kat atas. Hikhik @,@

Hurm, tak tahu lah nk cakap cmne. Kehidupan mula berubah 360darjah. Dan ya,kita semakin dewasa seiring dengan usia. Dan mungkin ini yang berlaku pada aku sekarang. Actually,tak pernah terjangka pun akan lalui semua ni. Tapi tulah dinamakan takdir,kan?Melalui satu fasa kehidupan yg baru bukan mudah. Tp itu cabaran yang harus kita terima. =)

Manusia juga berubah. Kadang² yang ada bersama kita,tak selalunya disisi kita. Itu harus kita akui. Yang pasti,manusia disekeliling aku jugak sekarang tengah melalui satu fasa perubahan,samada ke arah positif or negatif. Terpulang.

Satu yang aku pinta,tanya hati masing² adakah yang berlaku sekarang atas kehendak diri sendiri atau kerana terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Kerana

To live well or live hell,we choose. Bak kata Hlovate. Orang yang aku hormat keperibadiannya.


Nota : Mungkin esok dan seterusnya kita akan berjumpa dengan manusia² baru,perubahan persekitaran,perubahan diri dan perubahan segalanya. Bagi diri ini,segalanya berubah tapi tidak pada hati & perasaan.
Hanya kamu yang tahu,jalan mana yang kamu ingin lalui.

Dari Paris mahu ke Aberdeen [^^]v

Love,
sisilent [^^]v

Friday, April 8, 2011

Bila April Tiba

Assalamualaikum.

Hamboi tuh dia,kemain lagi diorang melawak ye. Tapi not funny at all. Hehe =).


Hurm,nak cakap pasal apa eh. Tgk tajuk entry pun macam istimewa je April ni kan. Wahaha ;p.
Sebab tu la kot entry bulan April ni semua main dengan emosi je. Aiceyh!. Kemain. =).

Salah satu sebabnya,banyak sangat benda yang berlaku dalam bulan April tahun lepas. So ni dah kira genap setahun la semua tu berlaku. Ohh,rindu!. [^^]v. Ya sesungguhnya aku sangat merindui zaman belajar. Ni si anem punye kes lah nih,duk cakap sgt pasal kenangan² lama tadi masa berYM. Hamekk nakk,aku dah berjangkit rindu. Seyes rindu.

Rindu nak..
makan burger kedai abg belakang.
makan nasik ayam mantin
lepak kat playground
overnite kat seremban
makan kfc kat giant nilai
pergi pantai PD
buat asemen
tak tido malam siapkan project
copy & paste [^^]v
pergi site
berjalan merayau lepak karoke bowling
pergi kelas amek gambar
lepak bergosip kat foodcourt
pergi online kat library
fotostat kertas kat cc abg botak
lepak kedai syahirah
pergi pasar malam
makan nasi lemak kukus....
waaaaa,byk lagi lah kenangan sepanjang tiga tahun kat sana.
Rindu budak² kelas semua.

Nanti korang dah berjaya jangan lupa aku taw [^^]v. Haha.

Nota : Teringat kes baling kasut kat Nurul,Haha.
Eh,actually blog ni aku bukan nak citer pasal soal hati perasaan peribadi semua. Haha.
Tp xpelah,biar korang tahu aku rindu korang.

Bulan April ni jugak kita kenal kan awak,dah setahun masa berlalu.T,T

Love
sisilent [^^]v

Thursday, April 7, 2011

khas untuk awak

Assalamualaikum.


Wahh.lame tak mengapedate nih. Padahal idea ade je datang mencurah² dikala malam tiba,tapi tulah akibat malas sangat menaip,so dibiarkan jelah idea tuh pergi bagai angin lalu. Chewah!.

Benti menaip jap. Tetiba terdengar lagu KURELAKAN KAU PERGI dekat radio THR.
*Sentap dan terdiam. Sangat kena dengar apa yang aku rasa malam ni. *Sepi. Wahaha. Dush!


Dah,jangan banyak songeh.

Ehemmm ehemm *Mood serius. .. =,="

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ku titipkan coretan ini khas buatmu sayang.


Awak tahu saya rindu awak
lebih dari apa yang awak rasa
Awak tahu saya sayang awak
Lebih dari apa yang awak tahu
Walau sebenarnya awak tak tahu.

Eh awak
hari² saya tunggu khabar dari awak
Walau sebenarnya saya tahu
awak takkan pedulikan saya lagi
hari² saya nak tengok awak senyum
walau sebenarnya awak dah menjauh pergi

Awak,
kenapa eh
susah sangat nak lupakan awak
walau sebenarnya
saya nak sangat lari dari hidup awak
tapi tiap kali saya nak menjauh
awak akan muncul secara tiba²
awak hulurkan kata rindu
buat saya sakit sangat
sakit bukan apa wak
sebab saya tahu
saya rindu awak,sangat.

Awak.
saya nak mintak satu perkara boleh?
kalau nanti betul² saya dah pergi
dan berjaya lupakan kisah kita dulu
awak jangan lupakan saya eh.
doakan saya temui kebahagiaan
sama macam awak lalui sekarang.
boleh?

Tapi kan wak,
mana mungkin saya
boleh lupakan semua tuh
lupakan orang yang pernah saya sayang
awak rasa senang ke
nak lupakan orang yang
pernah hadir dalam hidup kita
tak semudah tuh kan wak?

Awak,
andaikata saya pergi dulu
pergi jauh nun di sana
dan tak kembali lagi
sampai saat tu
ketahuilah bahawa saya
sangat merindui dan
menyayangi diri awak
saya bawa rasa ini bersama
dan awak simpanlah ia kemas²
kerana rasa itu
takkan ada lagi.

Untuk awak.
yang jauh di mata
tapi dekat di hati.
Jaga diri.


Nota : I hold you like I do,tightly because I know that one day.I'll die. And I am determined to do it with a smile on my face.

Kepala sakit ya amat sebab selalu paksa mata jgn tidur wpun dah mengantuk. Banyak sangat berfikir.Putus fius petala kelapan. Ohmaii,please. Mahu tidur yg lena T,T

Love,
sisilent [^^]v

Monday, April 4, 2011

Merindu Tanpa Kata

Assalamualaikum.

Kali ni malas nak menaip panjang²,cukuplah sekadar bait² kata di bawah untuk menggambarkan segala rasa tika ini.

Angin,
jika kau berhembus lembut melaluinya
katakan padanya,aku teman dia
selamanya.

Air,
jika kau mengalir disisinya
beritahulah padanya,
aku memohon maaf atas segalanya.

Burung,
jika kau terbang melintasinya
sampaikan kataku ini padanya.

"kita dipertemukan lewat takdir Tuhan,
kita bersama atas kasih persaudaraan
kita dipisahkan kerana batas waktu seharian
doa yang aku panjatkan untuknya
sentiasa terangkai dalam satu jambangan
ketahuilah.aku amat menyayangi
dan merindui dirinya."

Ikhlas.

Nota : Takkan sama dengan yg dulu. Manusia berubah,kan?

Love,
sisilent

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP