Monday, April 4, 2011

Merindu Tanpa Kata

Assalamualaikum.

Kali ni malas nak menaip panjang²,cukuplah sekadar bait² kata di bawah untuk menggambarkan segala rasa tika ini.

Angin,
jika kau berhembus lembut melaluinya
katakan padanya,aku teman dia
selamanya.

Air,
jika kau mengalir disisinya
beritahulah padanya,
aku memohon maaf atas segalanya.

Burung,
jika kau terbang melintasinya
sampaikan kataku ini padanya.

"kita dipertemukan lewat takdir Tuhan,
kita bersama atas kasih persaudaraan
kita dipisahkan kerana batas waktu seharian
doa yang aku panjatkan untuknya
sentiasa terangkai dalam satu jambangan
ketahuilah.aku amat menyayangi
dan merindui dirinya."

Ikhlas.

Nota : Takkan sama dengan yg dulu. Manusia berubah,kan?

Love,
sisilent

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP