Wednesday, July 27, 2011

Karma

Assalamualaikum.

Sebelum entry ni,aku ada taip satu lagi entry tapi malas nak publish lagi,so simpan la dulu. Banyak benda yang bermain di ruang fikiran,sebab sekarang ada someone yang buat aku asyik nak bercerita pasal kehidupan orang - orang sekeliling aku. Apa yang terjadi dalam kehidupan seharian mereka,aku ambil sedikit sebanyak dan hamparkan dekat sini. Buat renungan semua.


Oke,enough said. Fokus pada tajuk entry.

Karma.

Apa yang anda faham tentang karma. Ada sesetengah orang cakap karma ni macam "apa yang kau buat,itu yang kau dapat". "what goes around comes around". Macam mana kita buat kat orang,macam tu la jugak orang akan buat kat kita nanti. Lebih kurang macam tu la jugak.

Korang percaya ?

*Termenung.

Sebenarnya ada betulnya. Sekarang, kalau kita buat something kat seseorang tu tak kira la baik atau buruk, kadang -kadang kita dapat balasan terus Samaada dari manusia itu sendiri atau Tuhan balas cash atas dunia. Kan ?

Kita renung diri kita balik. Pernah terfikir tak apa yang berlaku kat kita sekarang sebenarnya pernah kita buat kat orang dulu. Aku ambil pasangan bercinta sebagai contoh. Korang nak pasangan korang setia,tak pernah curang dengan korang tapi pernah tak korang tengok diri korang,adakah korang pun setia dan tak pernah curang ? Atau dulu korang pernah mainkan perasaan orang dan sekarang pasangan korang pulak sedang mainkan perasaan korang. Pernah tak ? Cetrytest tgk diri sendiri,ada tak ?

Banyak yang aku nak explain pasal menda ni tapi aku selalu takde idea nak olah ayat tuh cmne. Sama la jugak dgn entry sebelum ni yang aku tak publish2 lagi tuh. No idea :(. So, korang fikir -fikir kanlah sendiri dulu. Nanti aku sambung. :) Huhu


Nota : Aku selalu taip,lepas tu backspace. Taip lepas tuh backspace. Sebab tengah - tengah duk semangat taip tu mesti teringat benda lain lepas tu idea pun hilang. Last -last jadi la macam ni. Sabar jela. Grrr!


Love,
sisilent [^^]v

Wednesday, July 20, 2011

Tentang Semalam.

Assalamualaikum.




Jangan hirau. Ini kisah jiwa yang ranap. Mahu luah di sini.


Aku gila - gila tunggu mesej daripada kamu
harap dapat jumpa,tapi kamu sibuk.
Takpe,aku tak kisah,tapi hati banyak sedih.
Aku yang berharap sangat
dapat jumpa kamu sebelum aku pergi,
tapi pulang dengan jiwa yang hampa.

takpa,
mungkin belum masanya
atau mungkin inilah masanya
untuk aku betul - betul pergi
dari hidup kamu.

Jadi,
usah dirataphiba,

untuk itu,
selamat tinggal.


Nota : Lain kali jangan buat kerja yang sia -sia,buang masa namanya. Macam menunggu bulan jatuh ke riba,padahal memang dah tahu bulan takkan jatuh =,="


Love,
sisilent [^^]v

Sunday, July 17, 2011

DIA Jua Yang Maha Mengetahui

Assalamualaikum.


Hari ni mungkin tak seindah semalam,mungkin jua lebih baik daripada semalam. Namun apa yang berlaku esok hari,Dia jualah yang Maha Mengetahui.

Kadang, mungkin aku atau kalian pernah menghadapi situasi di mana kita rasa down yang teramat bilamana apa yang kita mahukan tak pernah tercapai. Kita rasa macam dunia ni tak pernah nak adil dengan kita,kita rasa macam kita dah berusaha sehabis baik untuk dapatkan semua yang kita impikan. Mungkin jua kita pernah merungut, " Aku rasa dh berusaha,dah berdoa tapi kenapa lah nasib selalu tak mnyebelahi". " Duh,napelah apa yang aku nak semua tak dapat" dan macam - macam lagi rungutan yang meniti dibibir kita. Aku akui,aku pernah rasa itu.

Tp pernahkah kita terfikir,kenapa semua itu terjadi. Bukankah aturan Allah itu cukup sempurna,kerana Dia jua lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Atau tanpa kita sedar,bagaimanakah hubungan kita dengan Allah,terjagakah atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku,kalian kita sama - sama renung diri sendiri. Mungkin Allah tak makbulkan doa kita ketika itu kerana Dia punya perancangan yang baik untuk kita. Dia Maha Mengetahui. Bersangka baiklah dengan Allah dalam apa jua keadaan.

Dalam situasi sekarang,aku akui banyak dugaan yang mula menerjah ruang kehidupan. Dan aku perlu kuat untuk hadapinya satu persatu. Moga Allah bantu.


Nota : Bila aku percaya bahawa aturanNYA adalah yang terbaik,maka apa sahaja yang berlaku sehingga ke hari ini,aku redha.


Love,
sisilent [^^]v

Sunday, July 10, 2011

Sepertinya

Assalamualaikum.




Kali ini kita dengar lagu aje. Sebab sekarang semua bermain dengan emosi. :) AHAHAH. ;p


Lagu ini untuk kita - kita yang terasa kosong. Bak kata Fynn Jamal.



Sepertinya
aku ini jalan yang kosong
sepertinya
aku ini kaca yang bolong
dan sepertinya
tak ada siapa yang melihat
aku di sini
dan sepertinya
ada cahaya bila aku terus
terbang tinggi ke atas langit jingga
sepertinya
aku ini terhukum oleh Tuhan
kerna aku ini penuh dengan benci
sepertinya
takkan ada sesiapa yang sudi
bersama aku untuk memahami
sepertinya
aku dipaksa untuk mati
dan terus dihempas
jatuh tak berkebumi
sepertinya
takkan ada sesiapa pun
yang sudi bersama
menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya
ada peneman yang
memeluk jiwa aku
yang meneman aku
sampai biru
kerna aku begitu ingin
merasakan dicinta seseorang itu

sepertinya
aku ini bolong, kosong
lohong, semuanya
itu semuanya aku
kenapanya aku ini tak bisa
untuk menyedari yang aku
ini tetap bukan siapa - siapa
sepertinya
aku ini debu
yang tak punya harga apa
sepertinya
aku angin yang tiada
sepertinya
aku ini wujud
tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini ?


Nota : Fynn Jamal memang seorang yang freestyler. Lagu dia hidup. Ada jiwa.
: Dan memang. Lagu ini seakan dekat dengan jiwa aku. Sangat.

Love,
sisilent [^^]v

Tuesday, July 5, 2011

Tengah rasa ini. Saat ini.



Lagu ini penuh dengan kenangan
dan dari kenangan
cerita ini ditulis.



Rindu. Tak terkata.


Love,
sisilent [^^]v

Biar Jiwa




Jiwa kosong,

akan cari ia balik,
nanti.

Sekarang,
biarkan ia berlalu pergi
dulu.


love,
sisilent [^^]v

Monday, July 4, 2011

Untuk kamu

Tolong,
jaga hati
Jangan biar ia ranap
dipijak kesetiaan yang palsu

Tolong,
jaga hati
usah menipu ia lagi
bila yang dibibir
tidak sama dengan
yang ada dihati

Tolong.

Jaga hati.



Ikhlas,
aku.

Ni yang dulu - dulu

Assalamualaikum.


Fuhhh..fuhhh..syuhhhh..syuhhh..*lap lap sikit. Dah berhabuk belog ni. La
ma sangat ditinggalkan. Tangan dah rasa malas nak menaip. Pemalas. kann ?..kann? :) Sekarang dah bulan 7, hampir dua bulan lebih belog ni dibiarkan sepi tak dijenguk. *Malas lagi. ^,^


Hurm,sejak - sejak rutin harian dah mula berubah ni,kehidupan mula berans
ur ala - ala pening lalat gitu. :) Ngehe.
Ape nak cakap eh, aku mulai rasa penat dengan buku- buku ni . Fuhhh,gedebuk*. Tumbuk pipi sikit,apelah cakap camtuh kan. Padahal
ilmu perlu dicari setiap hari. Haishh. Buang niat tak baik. :)

K takmo citer banyak,tengok gambar aje lah eh. * wink



* Tulisan tak pernah berubah,dalam buku tulis pun halus jerk. Bak kata Tante Raiza. :)

* Tak pernah terjangka akan dapat ini. Terharu. Ini pertama kali. Serius
* Aku lemah,bila bercakap tentang ini.



Nota : Tugas mendidik itu tak semudah yang disangka. Takkan pernah mudah. Percayalah
: Pernah terniat untuk jadi pakar motivasi,layak tak? Ngehe :)
: Sesungguhnya bila tiba waktu ini,aku belajar banyak tentang sabar. Harus.


Love,
sisilent [^^]v

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP