Sunday, July 17, 2011

DIA Jua Yang Maha Mengetahui

Assalamualaikum.


Hari ni mungkin tak seindah semalam,mungkin jua lebih baik daripada semalam. Namun apa yang berlaku esok hari,Dia jualah yang Maha Mengetahui.

Kadang, mungkin aku atau kalian pernah menghadapi situasi di mana kita rasa down yang teramat bilamana apa yang kita mahukan tak pernah tercapai. Kita rasa macam dunia ni tak pernah nak adil dengan kita,kita rasa macam kita dah berusaha sehabis baik untuk dapatkan semua yang kita impikan. Mungkin jua kita pernah merungut, " Aku rasa dh berusaha,dah berdoa tapi kenapa lah nasib selalu tak mnyebelahi". " Duh,napelah apa yang aku nak semua tak dapat" dan macam - macam lagi rungutan yang meniti dibibir kita. Aku akui,aku pernah rasa itu.

Tp pernahkah kita terfikir,kenapa semua itu terjadi. Bukankah aturan Allah itu cukup sempurna,kerana Dia jua lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Atau tanpa kita sedar,bagaimanakah hubungan kita dengan Allah,terjagakah atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku,kalian kita sama - sama renung diri sendiri. Mungkin Allah tak makbulkan doa kita ketika itu kerana Dia punya perancangan yang baik untuk kita. Dia Maha Mengetahui. Bersangka baiklah dengan Allah dalam apa jua keadaan.

Dalam situasi sekarang,aku akui banyak dugaan yang mula menerjah ruang kehidupan. Dan aku perlu kuat untuk hadapinya satu persatu. Moga Allah bantu.


Nota : Bila aku percaya bahawa aturanNYA adalah yang terbaik,maka apa sahaja yang berlaku sehingga ke hari ini,aku redha.


Love,
sisilent [^^]v

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP