Thursday, August 11, 2011

Dan lagi

Malam tadi
mimpi kamu lagi

ya.
aku rindu kamu.





5.20 am
12 Ramadhan 1432
*Selamat bersahur.

Saturday, August 6, 2011

Ini Bohong.

Dua malam mimpikan kamu
aku tahu itu kerana
aku rindukan kamu,sangat.

Tapi,
kerana kita sekarang
adalah kita yang berbeza
aku matikan perasaan yang bertanda

Akan sakit
tahan perit
Akan meraung
tahan hiba

Aku perlu kuat
untuk bangkit
bukan kerana kamu
tapi kerana dia

darah daging aku sendiri.


Dah berjaya lupakan kamu,perlahan-lahan.

Tuesday, August 2, 2011

Hati - hati der.

Assalamualaikum.



Maaf. Ini kasar sedikit.

Tapi,
ini pesanan ikhlas daripada aku
buat kamu.
Agar jaga hatimu
dan hati orang disekelilingmu.


Der,
lu nak apa sebenarnya ?
Abis semua orang lu nak.
Mainkan perasaan mereka.
Apa lu tak serik ke?
Sini lu cakap lain
Sana lu pusing lain
Lu tak pernah puas kan ?

Kesian sikit sama hati lu
dan hati mereka.
Apa lu tak penat ke
hari -hari menyakiti
dan disakiti.

Hati - hati der
takut lu rebah tak terbangun.


Nota : Tuhan kalau nak hukum,atas dunia pun Dia boleh tunjuk. Cash!

Love,
sisilent [^^]v

Wednesday, July 27, 2011

Karma

Assalamualaikum.

Sebelum entry ni,aku ada taip satu lagi entry tapi malas nak publish lagi,so simpan la dulu. Banyak benda yang bermain di ruang fikiran,sebab sekarang ada someone yang buat aku asyik nak bercerita pasal kehidupan orang - orang sekeliling aku. Apa yang terjadi dalam kehidupan seharian mereka,aku ambil sedikit sebanyak dan hamparkan dekat sini. Buat renungan semua.


Oke,enough said. Fokus pada tajuk entry.

Karma.

Apa yang anda faham tentang karma. Ada sesetengah orang cakap karma ni macam "apa yang kau buat,itu yang kau dapat". "what goes around comes around". Macam mana kita buat kat orang,macam tu la jugak orang akan buat kat kita nanti. Lebih kurang macam tu la jugak.

Korang percaya ?

*Termenung.

Sebenarnya ada betulnya. Sekarang, kalau kita buat something kat seseorang tu tak kira la baik atau buruk, kadang -kadang kita dapat balasan terus Samaada dari manusia itu sendiri atau Tuhan balas cash atas dunia. Kan ?

Kita renung diri kita balik. Pernah terfikir tak apa yang berlaku kat kita sekarang sebenarnya pernah kita buat kat orang dulu. Aku ambil pasangan bercinta sebagai contoh. Korang nak pasangan korang setia,tak pernah curang dengan korang tapi pernah tak korang tengok diri korang,adakah korang pun setia dan tak pernah curang ? Atau dulu korang pernah mainkan perasaan orang dan sekarang pasangan korang pulak sedang mainkan perasaan korang. Pernah tak ? Cetrytest tgk diri sendiri,ada tak ?

Banyak yang aku nak explain pasal menda ni tapi aku selalu takde idea nak olah ayat tuh cmne. Sama la jugak dgn entry sebelum ni yang aku tak publish2 lagi tuh. No idea :(. So, korang fikir -fikir kanlah sendiri dulu. Nanti aku sambung. :) Huhu


Nota : Aku selalu taip,lepas tu backspace. Taip lepas tuh backspace. Sebab tengah - tengah duk semangat taip tu mesti teringat benda lain lepas tu idea pun hilang. Last -last jadi la macam ni. Sabar jela. Grrr!


Love,
sisilent [^^]v

Wednesday, July 20, 2011

Tentang Semalam.

Assalamualaikum.




Jangan hirau. Ini kisah jiwa yang ranap. Mahu luah di sini.


Aku gila - gila tunggu mesej daripada kamu
harap dapat jumpa,tapi kamu sibuk.
Takpe,aku tak kisah,tapi hati banyak sedih.
Aku yang berharap sangat
dapat jumpa kamu sebelum aku pergi,
tapi pulang dengan jiwa yang hampa.

takpa,
mungkin belum masanya
atau mungkin inilah masanya
untuk aku betul - betul pergi
dari hidup kamu.

Jadi,
usah dirataphiba,

untuk itu,
selamat tinggal.


Nota : Lain kali jangan buat kerja yang sia -sia,buang masa namanya. Macam menunggu bulan jatuh ke riba,padahal memang dah tahu bulan takkan jatuh =,="


Love,
sisilent [^^]v

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP