Monday, March 28, 2011

Rasa dulu,baru cakap.

Assalamualaikum.


Dah beberapa hari tak hapedate ini blog haa. Haish,mula² aritu kemain cakap nak rajin kannn. Meyh tarikk tinge aku sikit. Huhu.

Hurm,tadi aku ada bukak satu blog gosip nih. Cewah,kantoi suka baca blog² cenggitu kan. *Wink. Alaa,bukan ada apa pun saja nak tahu perkembangan semasa dan manusia. Lagipun kekadang ada gak aku baca komen² manusia daripada perbagai jenis ragam dan pemikirannya. Nama pun blog ala² gosip ramai la yg suka hentam kan. Hoho.

Tapi,bukan tuh yang aku nak story. Citernya camnih,Dalam satu laman blog nih ( blog paling femes) penulis ada publishkan entry pasal ada sorang kakak nih nak mintak derma untuk adik dia yg skrg ni sedang dirawat di IJN akibat penyakit jantung berlubang. Kecian kan.;(.
Bayangkan,si kakak sanggup korbankan rasa malu and segala bagai mintak sedikit bantuan kat orang ramai demi nak menyelamatkan adiknya. Kalau aku pun ditempat beliau,dah tak tahu nak buat apa kan. Demi adik,sanggup buat apa saja. Sapa yang tak sayang darah daging sendiri weh. Tapi sekurang-kurangnya beliau memanfaatkan teknologi yang sedia ada nih,untuk minta bantuan. Mana tahu dgn cara camtuh,ada segilintir manusia yang berhati baik nak tolong derma ke apa ke yang termampu. Mintak² lah ada.

Tapiiiiiii,yang tak bestnya. Ada segelintir pengkomen kat situ yang duk komen ckp si kakak tuh saja nk mintak duit,tipulah and macam² yg ada gak blh mengguris hati. Maybe diorang takut tertipu almaklumlah skrg kan byk kes tipu disebabkan nak cepat dpt duit.
* cewah,BM hancurr=pengkomen* Haha. abaikan.

Bagi aku,selagi kita tak rasa apa yang orang lain lalui,jangan senang² nak lemparkan kata² yg boleh mengguris hati. Memang betul kita perlu berhati-hati takut tertipu,tapi tak salah kalau tanya betul² or mintak bukti yg menunjukkan adiknya sakit sebelum buat apa² pernyataan. Jangan main hentam je. Kalau kita ditempat keluarga pesakit,apa yang kita rasa?!~ Sedihkan.

Harap² adik beliau cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti insan lain.

Nota :Tak salah kalau nak berhati-hati,tapi berburuk sangka tuh kan tak baik.
: Kalau kita tak mampu menolong,janganlah menambahkan lagi dukanya.
: Hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan olehNya.

Love,
sisilent.

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP