Monday, March 28, 2011

Tak terbalas.

Assalamualaikum.


Ini kisah pagi tadi.

Hari ni Isnin,permulaan hari yang tak berapa nak baik. Dah set time baik punye nak pergi klinik time doktor ada, ingatkan blh dapat rawatan sekali masuk bilik rawatan tak sampai 5 minit kena periksa dah disuruh keluar kena datang lain hari. Maknanya kena buat appoinment lah. Haha. *Grrr!. Lagi 2 bulan wo0o0o0. Boleh jatuh sakit dulu. @,@ Haihh,dah lah kuciwa kena tunggu lama lagi.

Hola,hola. Lupakan. Bukan hal tuh aku nak story kat sini. Haha.

Alkisahnya camni. Tgh duk menunggu tadi,aku sempat kehulu-kehilir kat depan pintu masuk klinik tuh. =). Tak lama lepas tuh,ternampak kelibat sorang makcik nih tgh dukung anak dia maybe baru lepas dapat rawatan and nak balik rumah kot. Ingatkan beliau nak tunggu suami/sedare datang amek tapi TAK,sebab makcik tuh jalan terus je ke pintu pagar utama. Bayangkan tgh cuaca hujan renyai² beliau dukung baby yang mungkin baru beberapa bulan dilahirkan balik ke rumah JALAN KAKI. Dah lah jalan berbukit,dengan cuaca yang tak berapa baik,sanggup kan seorang IBU berkorban apa saja demi anaknya. Tak cukup dengan tuh, ada lagi anak beliau yg lebih kurang umur dlm 2/3 tahun jalan je ikut ibunya sambil tarik² baju. Kat jalan besar pulak tuh,mana nak handle anak yang dikendongnya lagi,anak yang berjalan sendirian lagi dengan kereta yang lalu lalang ditepi. Risau.Risau. Harap mereka selamat lah sampai ke rumah.

Tengok je kejadian tuh,dalam kepala otak aku nih ligat berpusing. Mula lah berfikir,kalau seorang ibu sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan anaknya,kenapa tidak kita sebagai seorang anak kan?!. Bawak kita dalam perut dah 9 bulan,lepas selamat lahir jaga lagi bagi makan pakai semua. Boleh dikatakan apa yang kita nak semua akan dipenuhi. Walau sesusah mana pun,kalau kita mintak sesuatu mereka tak kan pernah cakap TAK BOLEH. Sekurang²nya mereka akan berusaha jugak untuk penuhi,kan?! Sebab tuh doa seorang ibu takde hijab disisiNya,terus naik kat atas sana. Setitik airmata ibu jatuh,10 kebajikan anak hilang. So jangan pernah lukakan hati ibumu. << Pesanan utk diri sendiri.

Ada 3 mata yg tak dijilat api neraka :-
- Melihat Kaabah sehingga menitis air mata
- Membaca Quran sehingga menitis air mata
- Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

" Ya Allah Ya Tuhanku,kasihilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami masih kecil." Ameen.

Nota : Cuba sedaya upaya untuk menjaga ibubapa selagi terdaya kerana jasa mereka membesarkan kita tak mungkin mampu dibalas.

Love,
sisilent

Rasa dulu,baru cakap.

Assalamualaikum.


Dah beberapa hari tak hapedate ini blog haa. Haish,mula² aritu kemain cakap nak rajin kannn. Meyh tarikk tinge aku sikit. Huhu.

Hurm,tadi aku ada bukak satu blog gosip nih. Cewah,kantoi suka baca blog² cenggitu kan. *Wink. Alaa,bukan ada apa pun saja nak tahu perkembangan semasa dan manusia. Lagipun kekadang ada gak aku baca komen² manusia daripada perbagai jenis ragam dan pemikirannya. Nama pun blog ala² gosip ramai la yg suka hentam kan. Hoho.

Tapi,bukan tuh yang aku nak story. Citernya camnih,Dalam satu laman blog nih ( blog paling femes) penulis ada publishkan entry pasal ada sorang kakak nih nak mintak derma untuk adik dia yg skrg ni sedang dirawat di IJN akibat penyakit jantung berlubang. Kecian kan.;(.
Bayangkan,si kakak sanggup korbankan rasa malu and segala bagai mintak sedikit bantuan kat orang ramai demi nak menyelamatkan adiknya. Kalau aku pun ditempat beliau,dah tak tahu nak buat apa kan. Demi adik,sanggup buat apa saja. Sapa yang tak sayang darah daging sendiri weh. Tapi sekurang-kurangnya beliau memanfaatkan teknologi yang sedia ada nih,untuk minta bantuan. Mana tahu dgn cara camtuh,ada segilintir manusia yang berhati baik nak tolong derma ke apa ke yang termampu. Mintak² lah ada.

Tapiiiiiii,yang tak bestnya. Ada segelintir pengkomen kat situ yang duk komen ckp si kakak tuh saja nk mintak duit,tipulah and macam² yg ada gak blh mengguris hati. Maybe diorang takut tertipu almaklumlah skrg kan byk kes tipu disebabkan nak cepat dpt duit.
* cewah,BM hancurr=pengkomen* Haha. abaikan.

Bagi aku,selagi kita tak rasa apa yang orang lain lalui,jangan senang² nak lemparkan kata² yg boleh mengguris hati. Memang betul kita perlu berhati-hati takut tertipu,tapi tak salah kalau tanya betul² or mintak bukti yg menunjukkan adiknya sakit sebelum buat apa² pernyataan. Jangan main hentam je. Kalau kita ditempat keluarga pesakit,apa yang kita rasa?!~ Sedihkan.

Harap² adik beliau cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti insan lain.

Nota :Tak salah kalau nak berhati-hati,tapi berburuk sangka tuh kan tak baik.
: Kalau kita tak mampu menolong,janganlah menambahkan lagi dukanya.
: Hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan olehNya.

Love,
sisilent.

Wednesday, March 23, 2011

Mana yang anda pilih?

Assalamualaikum.

Okeh,mana yang anda nak, bercuti di Paris ke kat Langkawi.? Haa,Pilih cepat.! Haha
Semua korang taknak kan. Abis tuh gtaw la port mane best nak bercuty. [^^]v

Takdelah bukan ni yang aku nak korang pilih. *Wink

Korang rasa apa yang korang akan pilih.

Hidup bertemankan kawan ala² kawan makan kawan ke atau hidup bersendirian?
Hey,hey hey dgn family,kekasih hati & sewaktu dgnnya tak termasuk oke.*Grrr!

Ada satu cerita. Nak baca tak? Ahh,tak kira ku nak tulis jugak. Ngehngeh.

Dalam sebuah negeri,ada dua orang bersahabat baik. Lepas tuh...adoi aku malas la pulak nak menaip. Haha. Aku sambung nanti boleh tak?!.Takpe,korang pilih la dulu mana yg korang nak.


Nota : Aku boleh rapat dengan semua orang,tapi yang sedikit sebanyak tahu tentang sisi hidup aku hanya seorang. Dulu.
Aku boleh jadi manusia yang byk bercakap tp AWAS sekali hati aku terasa, sakit mcm tak blh bernafas,aku boleh diamkan diri tak bertegur sapa terlalu lama dgn orang tersebut. Tp bukan benci.


Love,
sisilent

Jangan Ego.

Assalamualaikum.

Sejak akhir²ni,aku banyak dengar luahan hati daripada orang sekeliling. Sebetulnya,aku bukan pakar dlm memberi nasihat,sbb kalau tiba giliran aku dan aku duduk di tempat mereka,aku sendiri takkan pernah tahu apa yg harus aku lakukan dan mampukah aku utk hadapinya. * Chewah. Mintakk maap jap,ayat skema. HAHA.

Okeyh. *Serius.

Dalam kehidupan aku sendiri,aku pernah lalui rasa yg teramat sakit bila kehilangan org yg paling rapat,iaitu sahabat. *Opss,bukan pakwe keyh! [^^]v Wahaha

Memang.Peritnya toksah cakap la. Rasa nak guling² seluruh badan. Yelaa,sapa yang tak sedih kan. Ke ada yang gembira bila dia kehilangan orang yang dia sayang,siap p makan aiskrim lagi,dgn gula² kapas tuh. Huhu.

Macam ada sorang nih,dia gaduh dgn pakwe dia. Okeyh,senang cerita macam ni lah,apa yg anda rasa bila orang yg anda sayang duk maki hamun hina kat korang.? Cakap something yg boleh buat korang terguris terhiris bak cili api dipotong tuhh?! Perghh,memang sentap lah kan orang cakap cam tuh. Lepas tuh gaduh tak bertegur sapa. Tapi dlm hati still ada rasa sayang,biar lah macam mana sekalipun. Sbb dah sayang kan,ingat senang ke nak lupa. *Aiceyh!

Takde apa yang mudah dalam hidup ni. Salah satunya bab nak melupakan. Kan?!. Ohh,please say yes!, Hehhe

Aku cakap mudah. Jangan ego. Kalau nk menangis,menangis puas².Kalau bersalah,jgn pernah malu utk say sorry. Kalau betul² sayang,kita takkan mudah utk melupakan. Dan dlm hidup,kita perlu jujur dengan diri sendiri dan hargai mereka disekeliling kita.

Dan kadang² kita jugak perlu akui,apa yang mulut kita luahkan takkan pernah sama dgn apa yang hati kita rasakan. Sbb kita lebih mengetahui apa yang ada di hati daripada percakapan yang terzahir sekadar untuk menyedapkan hati atau menyakitkan hati.

Kita lebih tahu apa yang kita nak kan.!

Nota : Hidup ini mudah,berilah sebanyak mana pun kasih sayang,kerinduan,pengorbanan pada mereka yang benar² menghargai.

* Tengah dengar lagu fobia cinta

Love,
sisilent

Apabila,,

Assalamualaikum.

Apabila melalui rutin harian yang sama setiap hari

Kadang-kadang bosan melanda diri. Haishh. Apa nak buat kan. Lalui je laa.

Tapi kan,ada jugak sesetengah manusia bila bosan melanda diri, mereka keluar buat perkara yang tak elok. Ada kan..ada kan? HAHA. Memang ada. Haishh. Jangan macam tuh. Daripada buat something yang boleh memudaratkan diri sendiri.lebih baik duduk rumah je tgk tv. *Perghh.Memang bosan kan. =,="

Nota: Sabar separuh daripada iman. Aturan Allah itu cukup indah =)

Love,
sisilent

Berwajah baru

Assalamualaikum.

Hampir setahun blog ni tidak dihapedate. Huhu.

Aku mmg agak giler² sekarang,bukan giler. Bukan baru dlm dunia blog,before ni dah pernah ada blog. Cuma kat situ byk hal or cerita² private sikit. Soal peribadi byk sgt. HAHA. Mcm tak best jerk pulak kan. Hihi

Jadi,aku pun amik keputusan nak buat blog baru,entry baru. Boleh katakan nak tukar semua lah. Sekali dgn URL aku nak tukar. HAHA. Ada jugak pernah create wordpress,tapi macam pening sikit kat situ,biar pun function dia lebih kurang sama. Tapi ahhhh,memang pening la kan. Toksah cakap byk lagi. HAHA.

Hurm,apa lagi eak. Byk benda aku nak kongsi kat sini. Maybe akan ada ayat yg mengguris hati,tak pun buat korang terasa atau sewaktu dengannya. Semua tuh berdasarkan pengalaman aku sendiri dan orang sekeliling. Kalau korang tak suke,ada nampak tanda X tak kat atas belah kanan tuh,so klik je lah kat situ. Simple. Easy come,easy go. Cewah la kan. Huhu. Aku kalau dah start menaip mmg susah nk stop. Bahaya. So benti kat sini dulu la, P minum air sat naa. Tadaa

Eh sebelum tuh,aku nk tukar URL. Nnt aku inform keyh =)

Love,
Sisilent

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP